Monday 29 October 2012

La Liga: Real Madrid benam Mallorca 5-0


 La Liga: Real Madrid benam Mallorca 5-0

REAL Madrid pula meraihkan pesta gol apabila membenam Mallorca 5-0 dalam saingan La Liga, perlawanan kesembilan, yang berlangsung di Stadium Iberostar Estadi, Palma de Mallorca.

Stadium yang dibanjiri kira-kira 17,500 penonton sememangnya mendapat sorakkan meriah, namun ternyata penonton tuan rumah hampa setelah Mallorca tewas di tempat sendiri.

Gol pertama Madrid seawal minit kelapan disumbangkan oleh Gonzalo Gerardo, disusuli gol kedua minit-22 oleh Cristiano Ronaldo.

Pada separuh masa kedua, Madrid menambah tiga gol iaitu minit ke-70, 73 dan masa kecederaan.

Berikut keputusan saingan La Liga yang berlangsung awal pagi tadi (waktu Malaysia).

Real Zaragoza (2) mln Sevilla (1)

Levante (3) mln Granada (1)

Athletic club (1) mln Getafe (2)

Atletico Madrid (3) mln Osasuna (1)

Mallorca (0) mln Real Madrid (5)


Jadual La Liga
Selasa 30 Oktober

Real Valladolid mln Real Sociedad
4.30 pagi

No comments:

Post a Comment

Get widget