Monday 29 October 2012

Perlumbaan bas jadi kegilaan penonton hujung minggu

  Perlumbaan bas jadi kegilaan penonton hujung minggu
 Perlumbaan bas jadi kegilaan penonton hujung minggu
 Perlumbaan bas jadi kegilaan penonton hujung minggu


PERLUMBAAN bas. Mungkin kedengaran pelik, tetapi itu antara satu acara sukan yang menjadi kegilaan sebahagian peminat sukan pemotoran yang tinggal di bahagian timur Amerika Syarikat (AS).

Kebiasaannya pelumba menjadikan bas sekolah yang telah diubahsuai sebagai jentera perlumbaan.
Uniknya, litar perlumbaan mereka tidaklah litar tetap atau seperti yang anda bayangkan. Dan yang pasti bukan seperti Litar Antarabangsa Sepang.

Tetapi litar perlumbaan bas lebih menarik, bukan sahaja berlumba dalam litar bulatan tetapi ada juga yang diadakan di litar berbentuk angka lapan.

Sukan ini sangat terkenal di AS bahkan, setiap kali ia diadakan, sudah pasti kehadiran penyokong tidak pernah mengecewakan.

Sentiasa ada pengikut yang setia dan tidak pernah melepaskan peluang menyaksikan kehebatan pemandu yang lagaknya tidak ubah seperti Michael Schumacher.

 Aspek keselamatan tetap diutamakan

SEPERTI sukan permotoran lain, perlumbaan bas tidak terkecuali daripada peraturan ketat terutama melibatkan soal keselamatan pelumba.

Mereka wajib mengenakan topi keledar, pakaian yang sesuai, tali keselamatan pula tidak boleh dibuka, sekiranya tidak lengkap, pelumba boleh disingkir dan penyertaan secara automatik terbatal.

Bahkan jika perlu, mereka akan digantung terus daripada menyertainya pada masa akan datang. Kerana itu juga, had kelajuan sebuah bas ditetapkan tidak melebihi 60 kilometer sejam.

Walaupun dengan kelajuan seperti itu, kemalangan pasti sukar dielak. Tetapi itu satu kelebihan untuk mereka yang mencari kejuaraan.

Dalam erti kata lain, kemalangan yang berlaku akan mengurangkan jumlah kenderaan di atas litar dan akhirnya siapa yang tinggal, maka pelumba dialah yang akan dinobatkan juara.

Namun, perlu diingat, hanya mereka yang benar-benar berpengalaman dan mengetahui selok-belok perlumbaan sahaja dibenarkan beraksi.

Adakah akan ada di tempat kita sukan jenis ini.

No comments:

Post a Comment

Get widget