Thursday 29 November 2012

AGM Umno pentas penting buat Najib

Perhimpunan Agung Umno 2012

SHAH ALAM - Datuk Seri Najib Tun Razak akan menggunakan Perhimpunan Agung Umno (AGM) 2012 selama tiga hari bermula pagi ini "sebagai pentas" untuk mengetengahkan apa yang beliau telah lakukan dan akan lakukan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), kata Profesor Ulung Datuk  Dr. Shamsul Amri Baharuddin.

"Ini pentas Datuk Seri Najib, bukan Umno, tetapi untuk Najib (untuk menghadapi PRU13)," kata beliau dalam temu bual khas sempena AGM Umno 2012 di pejabatnya di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bandar Baru Bangi baru-baru ini.

Pengarah Institut Kajian Etnik ini berkata, beliau pasti Najib akan menggunakan untuk mengetengahkan segara perubahan yang telah dibawa sepanjang tiga tahun lalu mengepalai Umno, Barisan Nasional dan kerajaan atas kapasiti sebagai Presiden, Pengerusi dan Perdana Menteri.

"Beliau akan mengatakan bahawa saya sudah tepati janji, janji sudah ditepati, sekarang anda kena tunaikan janji, memberi sokongan undi dalam pilihan raya.

"Kini giliran anda tunaikan janji... ini mesej beliau akan sampaikan," kata pakar sosiologi dan antropologi ini.

Najib dipilih sebagai Presiden Umno pada Mac 2009, menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi setahun selepas Pilihan Raya Umum 2008. Pada pilihan raya itu BN kehilangan majoriti dua pertiga di Parlimen dan lima kerajaan negeri.

Selaku Pengerusi BN dan Perdana Menteri, PRU13 pilihan raya umum yang pertama beliau akan mengetuai. Najib sudah mengesahkan kepada ahli-ahli Umno bahawa PRU13 tidak akan diadakan bulan depan.

No comments:

Post a Comment

Get widget