Sunday 11 November 2012

PM: Malaysia potensi jadi hab penunggang motosikal kuasa tinggi

Putrajaya - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berharap golongan penunggang motosikal berkuasa tinggi di negara ini akan bertambah kerana Malaysia berpotensi menjadi hub penunggang motosikal jenis itu di rantau ini.
   
Berucap menutup 1Malaysia Bike Week (1MBW) di perkarangan Istana Kehakiman di sini hari ini, Najib berkata beliau tidak fikir ada negara lain di Asean yang mempunyai jumlah penunggang motosikal berkuasa tinggi seramai itu.
   
"Saya menganggap ini sebagai titik permulaan kepada masa depan di mana kegiatan menunggang ini akan memuncak dan akan bercambah kepada bilangan yang jauh lebih besar lagi," katanya.
   
Turut hadir Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang jugaPengerusi Eksekutif Superbikes Association of Malaysia (SAM), Menteri Belia danSukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Presiden Perbadanan Putrajaya Tan Sri Aseh Che Mat dan Presiden SAM, Datuk Abdul Halim Suleiman.
   
Acara pada hari ini turut diiktiraf oleh Malaysia Book of Records sebagaiekspedisi motosikal berkuasa tinggi terbesar dengan 438 motosikal dan 536peserta serta perhimpunan terbesar motosikal berkuasa tinggi dengan 6,630motosikal dan 7,740 peserta.

Najib berkata konvoi 1MBW yang bermula Selasa lalu dan disertai 536 peserta yang menunggang 438 motosikal itu mampu mengubah persepsi orang ramai terhadap mereka yang selama ini dianggap golongan elitis.
   
Beliau berkata ini kerana di sepanjang konvoi sejauh 1,828 kilometer bermula di Johor ke sekitar semenanjung itu, mereka turut menawarkan khidmat bakti sosial termasuk melawat orang sakit, membantu orang miskin dan menjalankan kerja pembersihan.
   
"Ini merupakan sumbangan yang amat bermakna kepada masyarakat setempat. Ia memperlihatkan golongan ini juga sebahagian rakyat yang cintakan negara, mahu berkhidmat kepada masyarakat dan menyumbang kepada kesejahteraan negara," katanya.
   
Najib berkata peserta pengembaraan seperti itu juga dapat melihat beberapa aspek dan dimensi baru negara yang menjadikan mereka lebih cintakan negara.
   
Beliau berkata ini termasuk sistem rangkaian jalan yang baik yang disediakan kerajaan, pembangunan seimbang antara desa dan pekan, keamanan dan keharmonian rakyat pelbagai bangsa dan kehijauan alam semulajadi.  

Najib berkata konvoi 1MBW yang bermula Selasa lalu dan disertai 536 peserta yang menunggang 438 motosikal itu mampu mengubah persepsi orang ramai terhadap mereka
yang selama ini dianggap golongan elitis.
   
Beliau berkata ini kerana di sepanjang konvoi sejauh 1,828 kilometer bermula di Johor ke sekitar semenanjung itu, mereka turut menawarkan khidmat bakti sosial termasuk melawat orang sakit, membantu orang miskin dan menjalankan kerja pembersihan.
   
"Ini merupakan sumbangan yang amat bermakna kepada masyarakat setempat. Ia memperlihatkan golongan ini juga sebahagian rakyat yang cintakan negara, mahu berkhidmat kepada masyarakat dan menyumbang kepada kesejahteraan negara," katanya.
   
Najib berkata peserta pengembaraan seperti itu juga dapat melihat beberapa aspek dan dimensi baru negara yang menjadikan mereka lebih cintakan negara.
   
Beliau berkata ini termasuk sistem rangkaian jalan yang baik yang disediakan kerajaan, pembangunan seimbang antara desa dan pekan, keamanan dan keharmonian rakyat pelbagai bangsa dan kehijauan alam semulajadi.

No comments:

Post a Comment

Get widget