Saturday 28 September 2013

Dr M: RM20j tugas perunding? Saya pun boleh


Selepas kerajaan membelanjakan RM20 juta sebagai yuran perundingan bagi Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan sinis berkata beliau juga boleh melakukannya.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Subang Jaya petang ini, Dr Mahathir berkata, beliau pun boleh menjadi pakar tempatan, tapi tiada siapa yang mahu memberinya tugas tersebut.

Beliau mengulas pertanyaan berhubung langkah kerajaan membayar sejumlah wang yang besar itu kepada McKinsey & Co untuk perkhidmatan perundingan.

Ia menjadi sasaran kritikan hebat pembangkang kerana mereka mendakwa firma tersebut bukan pakar dalam bidang pendidikan.

Tambahan pula, langkah menggunakan khidmat agensi asing juga dilihat sebagai mengetepikan teknokrat tempatan yang ramai dibawa pulang oleh PEMANDU di bawah pentadbiran Perdana Menteri Najib TUn Razak.

Mahathir juga menyentuh tentang kedudukan yang kurang baik universiti-unversiti di negara ini, dengan berkata ia mungkin disebabkan oleh pengembangan terburu-buru dalam bidang pendidikan tinggi.

Katanya, pengembangan institusi pendidikan menjadi begitu pantas sehingganya sukar untuk mendapatkan tenaga pendidik, profesor dan pensyarah.

Bekas perdana menteri itu berada di Sunway University hari ini untuk menyampaikan biasiswa Yayasan Jeffrey Cheah kepada pelajar yang berkelayakan.

No comments:

Post a Comment

Get widget