Sunday 13 October 2013

Penyokong Lokman Adam beralih sokongan?

Calon bagi jawatan naib ketua Pemuda Umno, Lokman Nor Adam kecewa apabila mendakwa dimaklumkan bahawa ada kalangan bahagian yang sebelum ini bersamanya, dikatakan telah beralih sokongan kepada calon lain.

NONESelain Lokman (kanan), tiga lagi calon yang bertanding jawatan tersebut ialah Ketua Pemuda Umno Tenom, Jamawi Jaafar; Ketua Pemuda Umno Perak, Khairul Azwan Harun dan Ketua Pemuda Umno Lenggong, Mohamad Iruan Zulkefli.

Dalam SMS kepada Malaysiakini, Lokman yang juga exco Pemuda Umno mendakwa bahawa dari semalam lagi, beliau dimaklumkan bahawa banyak bahagian yang sebelum ini menyokongnya, dikatakan berpaling kepada calon lain.

Lokman mendakwa sistem pemilihan baru yang melibatkan 76,000 perwakilan di seluruh negara, akan memihak kepada mereka yang mempunyai sumber kewangan yang kuat.

"Saya akan meneruskan perjuangan saya walaupun keputusan nanti tidak menyebelahi saya," tulisnya dalam SMS tersebut.

No comments:

Post a Comment

Get widget