Tuesday 15 October 2013

WANITA NYARIS MAUT TERKENA TEMBAKAN DI KAWASAN LAMPU ISYARAT

Seorang wanita berusia 22 tahun nyaris
maut terkena tembakan di persimpangan lampu isyarat Simpang Empat Binjai, Kubang
Kerian di sini, semalam.
Timbalan Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata kejadian pukul 6.40
petang itu menyebabkan Nurul Atikah Sidek mengalami luka di bahagian hidung,
muka serta tangan kanan dipercayai kesan terkena serpihan cermin kereta yang
pecah akibat tembakan.
"Terdapat lima kesan tembakan ditemui pada kereta mangsa iaitu dua di cermin
sebelah kanan pemandu, satu pada pintu dan dua di cermin hadapan sebelah
pemandu.
"Tembakan itu bagaimanapun tidak tepat mengenai mangsa dan penembak kemudian
melarikan diri ke arah Bachok dengan motosikal," katanya dalam kenyataan di
sini, hari ini.
Mazlan berkata ketika kejadian, wanita yang berasal dari Kampung Karang
Banggu, Kota Baharu itu sedang memandu kereta seorang diri dari arah Bachok
menghala ke Kubang Kerian sebelum berhenti di lampu isyarat itu.
-- LAGI
POLIS-TEMBAK 2 (AKHIR) KOTA BAHARU
Beliau berkata kereta jenis Proton Persona itu dihampiri empat individu yang
menaiki dua motosikal sebelum seorang daripada pembonceng motosikal itu
melepaskan lima das tembakan.
"Mangsa yang dalam keadaan berlumuran darah dihantar ke Hospital Universiti
Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian dan keadaannya stabil.
"Mangsa memberitahu tidak pernah mempunyai masalah dengan sesiapa dan
kemungkinan dalam kes ini suspek tersalah sasaran," katanya.

No comments:

Post a Comment

Get widget